About Me

My photo
Blog ni aida wat bkn tuk tambahkan follower's or follow mane2 blog, tp aida wat cuz aida rase nak wat.. sooo... buatlaah :)) hax2 :D

Friday, 15 June 2012

PERAMPASKAH AKU?? =(

PERAMPAS KAH AKU?? Should not be !! =( Hubungan yang terbina hampir setahun yang lalu telah memberi banyak kenangan2 indah buat diri aku. Ye, mmg betol ni lah pertama kali aku merasai hubungan cinta. Selalunye orang akan kata "FIRS LOVE" ni tak kan bertahan lama.. lagi-lagi bila kita menghancurkan hati org lain yg sepatutnye dicintai oleh pasangan kita. Ops! pasangan kita ke?? ermmm.. tak sure pasal tuuu =(

 Bila aku dgn dia mmg aku happy sgt.. aku sayang sgt kat dia, mmg kalau boleh aku tak nak lepas kan dia utk sapa-sapa pun.. perit benda tu untuk aku lakukan. Tp aku yakin Allah itu lebih tahu apa yang baik buat hambanya, aku sekadar berdoa dan berharap.. Semoga tiada hati-hati yang terluka dan merana. 11 June 2012, aku terima msg drpd seseorang yang aku tak sangka-sangka akan msg aku. Tp aku sgt kenal siapa org tu sbenanye, dialah insan yg pernah bertahta dihati pasangan aku sebelum aku muncul dalam hidup mereka. Benda yang aku sangka akan berlaku telah pun berlaku antara kami. Ape yang aku dpt drpd msg org tu sgt jelas menyatakan bahawa dia sgt menyayangi dan masih mengharapkan hubungan mereka seperti dulu.. ketika terima msg itu, tidak sedikit pun aku menyelami hati wanita itu. Apa yang bermain dimindaku pd ketika itu hanyalah kemarahan dan kebencian ke atas wanita tersebut. Yelah, cuba anda banyangkan org yg anda percaya, syg dan cinta mahu dirampas org.. Rasa mcm nak bunuh perampas tu kan?..itu lah perasaan yang aku alami ketika itu..

 Tapi perasaan amarah itu hanya seketika, selepas aku berfikir dan menyelami ayat2 msg yang dihantar oleh wanita tersebut..perasan bersalah mula menghantui fikiran ku.. betol kata wanita itu.."akulah wanita yang paling kejam" Aku sedar, aku tak dapat tahan emosi aku ketika itu, aku BODOH, & TAK TAHU MALU mengaku pasangan org itu adalah pasangan aku..aduuhhhhh...mane pergi maruah aku? sampai hati aku hancurkan hati seorang wanita? Ya Allah.. Bantulah kami Ya Allah.. Jika aku yang patut berundur , aku akur Ya Allah =(

 Hanya satu pintaku, kau pertemulah aku dgn wanita itu... semoga dapat aku memohon maaf dan ampun darinya.. selagi perasaan itu belum terluah, aku tetap akan rasa gelisah dan bersalah pada nya Ya Allah..Yang selebihnya aku hanya berserah pada Mu Ya Allah.. Assalamualaikum Cintaa..